Sabtu, 2 November 2013

Klinik Bersalin Wangsa Maju dan Sri Rampai

Bismillah.

Pantang-pantang ni paling banyak masa ber-blogging. Sementara tu bolehla share pasal klinik bersalin yang aku dah experienced. 


Both anak aku disambut oleh Dr Zanariah.





Pada tahun 2011, Asiyah disambut oleh Dr Zana di Pusat Perubatan Naluri di Wangsa Maju. 





Dr Zana ni merupakan referral daripada seorang saudara aku yang tinggal di Wangsa Maju jugak. Dia bersalin tiga anak dah dengan Dr Zana ni time tu. So aku agak confident la sebab aku memang ikut akak ni je semua benda. Daripada nikah, sampai kenduri, sampai doktor bersalin, sampai breast pump, sampai semuanyaaaaa aku rasa mostly aku copy akak ni. Sampai nak jadi cerita, condo kami tinggal pun sama. Heheh. Oke itu kebetulan la tak copy pun.


Time nak pilih klinik bersalin tu, memangla istikharah. Apa-apa pun Allah Maha Tahu semua benda. Istikharah antara Princecourt ataupun Naluri ni. So lepas istikharah, rasa nak pergi Naluri ni je.



REVIEW PUSAT PERUBATAN NALURI WANGSA MAJU (2011)


Nurse jaga lobi klinik - muka memang takde takde mood je. Tapi aku rasa bukan salah klinik pun. Nurse yang jaga kaunter lobi tu memang sorang je biasanya, kesimpulannya dialah yang bermasalah muka moody je. Nurse lain semua okey. Dan benda tu, bagi aku, tak effect kita pun. So lantak dialah.


Nurse ward bersalin & labor room - Perrghh MasyaAllah memang aku bagi bintang penuh punyalah. Handling time nak bersalin Asiyah dulu memang nurse yang jaga ward bersalin tu sangatttt memudahkan. Sampai lepas bersalin aku doa supaya Allah balas balik jasa baik dorang. Dua orang nurse tu memang pro, muka je garang tapi sabar dan sangat lembut dan baik dalam mengendalikan aku yang dah tak betul dalam labor room tu kan. Dorang assist aku breathing, guide step by step dengan sangat clear. Memang mudah je semua Alhamdulillah. Dan guidance mereka yang step by step dalam melahirkan Asiyah tu aku bawa sampai boleh guna time nak bersalin Amra.


Nursery Baby - Yang ini POOR. 10kali pesan nak full breastfeed pun tak faham-faham pergi sogok ana aku dengan formula milk jugak. Bengang gila. Memang bab ni aku mengamuk tahap meletop punyalah. Pastu semua buat muka bila aku pergi nursery nak breastfeed Asiyah. Macam menyusahkan ke apa. Bila buat muka bengang kat aku tu memang heartbreak betul la, lagi-lagi dia yang ditugaskan menjaga our newborn. Pasal nursery ni memang aku nangis everyday sebab marah sangat. 


Paediatric - Semua doctor locum. Kurang meyakinkan. 


Bilik - Aku ambik bilik deluxe, yang paling mahal. So bagi aku rate high jugaklah. Alhamdulillah semuanya selesa.


Makanan - Aku tak makan. Abang yang makan. Every meals Abang makan Abang cirit. -__-" HAHAH. So faham-fahamlah. 


Monthly check up - Biasanya kena tunggu 2 jam lebih. Tapi sebab dah biasa dengan jadual Dr Zana, aku selalu pandai cari masa yang memang aku sorg je customer akan datang time tu muahaha. So tak pernahla ada masalah menunggu lama selepas aku figure out bila klinik kosong. 


Jarak - 5 minit je dari rumah. Satu markah besar untuk aku pilih klinik ni. 


Dari segi labor room tak boleh comment sangat sebab Alhamdulillah beranak normal je. (Semoga terus dimudahkan untuk semua anak). Kalau ada complication ke apa, aku tak berani suggest apa-apa. Whatever it is the best adalah istikharah je. 



2 tahun berlalu, aku pun pregnant semula. Memang hati tetap nak dekat Dr Zana ni jugak. Tapi berat hati la pulak nak teruskan Naluri sebab sakit hati dengan Nursery Baby tu. Boleh tak dendam? Heheh. Dalam hati terus berdoa, selepas 6 bulan berjumpa Dr Zana setiap bulan, tiba-tiba dapat call yang Dr Zana dah pindah klinik. Bukak klinik baru. Pulakkk. Nervous gila time tu. Selamat ke bersalin kat klinik baru?


Istikharah lagi. Princecourt VS Klinik Baru Dr Zana? Lepas istikharah, rasa ringan hati nak teruskan dengan Dr Zana. So I choose...








Tunku Azizah Maternity Home namanya. Functional since July 2013. Setiap kali aku check up dengan Dr Zana, aku akan tanya, "Dah ada orang bersalin?". Cuak kot hahah. Doktor pun akan senyum-senyum je jawab berapa orang dah bersalin kat klinik baru ni. 




REVIEW TUNKU AZIZAH MATERNITY HOME SRI RAMPAI (2013)

Nurse jaga lobi klinik - Baik gila. Tapi I have in my mind, "Klinik baru kot, lama-lama nanti mulalah boring melayan pelanggan". Cehhh skeptikel jugak heheh.


Nurse ward bersalin dan labor room- Kurang berpengalaman berbanding Naluri, maybe sebab belum cekap lagi. Time bersalin Asiyah kat Naluri dulu aku ingat ada 9 baby hari yang sama. Nurse confirmla kena cekap gila. Kat Tunku Azizah ni hari aku bersalin ada 2 baby je. Amra dan baby lagi satu. Walaupun kurang pantas, tapi still markah memang BAIK SANGAT MasyaAllah. Dorg melayan ragam aku macam budak manja habis. Setiap benda yang aku cakap akan disambut dengan senyuman yang sangat soothing. So still, aku suka.


Nursery Baby - Dorg memang bagi full breastfeed. Setiap kali baby berak just panggil je nurse, nurse akan datang untuk tukarkan pampers. So macam smooth jugak. 


Paediatric - Locum jugak, cuma doktor tu full time di HKL. Lebih meyakinkan. 


Bilik - Aku ambik bilik deluxe, yang paling mahal jugak. Ada balcony, tapi jangan bukak balcony tu nyamuk masukkkk. -__-. Tapi still selesa.


Makanan - Aku tak makan jugak. Dan aku rasa no one makan sebab dah pernah ada bad experience so couldn't rate on this. Heheh.


Monthly check up - Sama jugak, ikut jadual Dr Zana yg time-time takde orang. So tak pernah berpengalaman menunggu lagi. 


Jarak - Sama jugak 5 minit je dari rumah. 


Dari segi labor room pun sama jugak tak boleh comment sangat sebab Alhamdulillah beranak normal je. (Semoga terus dimudahkan untuk semua anak). Kalau ada complication ke apa, aku tak berani suggest apa-apa. Whatever it is the best adalah istikharah je. 




Takde benda yang aku sesalkan dalam memilih klinik baru Tunku Azizah Maternity Home ni sebagai tempat bersalin 2nd baby, Alhamdulillah. Allah pun dah janji, takkan menyesal orang yang beristikharah. So beristikharahlah dalam memilih klinik bersalin. 


Dan bagi aku, selain Doktor yang bagus, Nurse yang bagus juga sangattttt penting. Ngeri je bila dengar cerita nurse2 yang tak berapa caring, mulut jahat. Kat labor room tu kita dah tak berapa waras dalam berfikir sebab sakit sangat. Nurse kenalah betul-betul caring. Alhamdulillah 2 kali bersalin ni memang semua nurse yang aku jumpa caring. Bila sakit contraction tu diusap-usapnya kepala aku, usap perut. Macam nak sambut ahli keluarga sendiri je. *touching*



REVIEW DOKTOR ZANA


Dr Zana tak banyak cakap orangnya, which is fine for me. Kalau nak tahu lebih-lebih kena rajin tanya, which aku pulak selalu tak tanya apa-apa pun. Kak Ain pun bersalin Balqis dengan Dr Zana, Kak Ain kata dia banyak bertanya so Dr Zana banyaklah bercakap. Hahah. 


Yang bestnya bersalin dengan Dr Zana, tengah-tengah sakit tu mesti dia baca "Lailahaillaanta Subhanakainnikuntum minazzalimin" dan "Astaghfirullahalazim." Dah dalam labor room tu semua benda yang kita hafal jadi lupa. It's nice when the doctor yang menunggu anak kita tu sendiri yang mengucapkannya, dan kita hanya ikut. And seriously, zikir-zikir ni sangat menenangkan.


Tak padan dengan muka serious, bila aku merepek dalam labor room tu Dr Zana selalu senyum-senyum je. 




Dan yes kerana istikharah juga, Alhamdulillah overall aku happy dengan pengalaman bersalin aku. Semua tempat ada pros cons, tapi kita doa kat Allah untuk dapat yang terbaik. Jangan guna akal sendiri lebih dari tanya Allah, kelak menyesal. 



Bab harga aku tak boleh nak review. We women, are good at telling our husband apa yang kita nak. Pastu yang kena settle bab duit dan budget tu suami lah. Heheh. So itu suami aku bolehla review which of course he wont sebab die takde blog. Cuma aku pasti harga Naluri dan Tunku Azizah lebih kurang sama. 



Siapa yang dah bersalin kat Pusat Perubatan Naluri bersama doktor barunya, ataupun kat Tunku Azizah Maternity Home, bolehla share pengalaman anda di comment. Boleh membantu ibu-ibu yang sedang mencari tempat bersalin! Thanks!! ^__^



To all preggers, keep praying!! Allah with you. ;D




TURUN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN?

PROGRAM KURUS 30 HARI 


Facebook: Amalina Peter
FB Page: Coach Ina Ab
Instagram: @amalinapeter_coach

38 ulasan:

Wan NurfaEEza berkata...

Puan...berapa cost total bersalin normal kt tunku azizah? Sy pun tgh mencari2 tmpt nk deliver 2nd child kt area w.maju since 1st child dulu bsalin kt pusat rawatan islam di kuantan...boleh share?

Amalina Peter berkata...

Haritu dalam RM2500. Bersalin normal.

sherry berkata...

ada review untuk Dr Kamariah tak dr Tunku Azizan Maternity Home?Die ok tak bcz recently ade dgr berita x best la pulak...

Amalina Peter berkata...

Tak pernah jumpa pun Dr K. Tapi ramai org suka Dr K tak silap.

pink mommy closet berkata...

agree so much with your review.. i pun sama2 experienced both hospital.. 2 of my dotters at naluri and my son at TAMH. the only diff is my doctor is Dr. Kay.. they both are very nice doctors actually...same goes to the nurses.. semoga Allah balas kebaikan mereka

ruslina berkata...

Thanks for the helpful review. Ina, boleh tahu, rm2500 tu inclusive your deluxe room tu ke? or utk bersalin jer?

thkns again.

Unknown berkata...

Salam, mommies! Saya dh bersalin 2 anak dgn dr k dan sorg dgn dr zana di pusat perubatan naluri...dr k peramah, very informative and masa deliver tu, ye buat keje cepat i.e stiching kite, deliver baby etc...dr zana very motherly and penyabar...sabar sgt nk layan kerenah kite yg tgh sakit ni...to me, dua2 bagus and i have no complain. Hope my review helps with your decision! :))

nurainrose berkata...

hi, ada nombor contact Tunku Azizah Maternity Home x?

Aida Nurni berkata...

Hi! My first baby was born back in 2008 in Damai melawati with dr asmah yun. Second boy with dr k in naluri. So far semua ok.. Alhamdulillah. My third child is due on 24th Feb 2014 and currently being monitored by dr k di TAMH. So far pada saya, TAMH ni okay. Maybe sbb baru. And many thanks for this review, it really help! Esp on budgeting. That rm2500 is for 2 days 1 night ke eh?

Aida Nurni berkata...

Just nak share with you guys here. Saya mmg checkup di TAMH with dr Kay. Tapi baru2 ni dorg kene tutup. Don't know the real reason. If anyone has any update or details, please share ye. Risau la sbb saya dh 35wks. Now dh taktau nak beranak kat mana. :( I still want to be attended by dr Kay.

Unknown berkata...

Assalamualaikum all mommies..juz nak sharing sekelumit pengalaman..saya mempunyai 6 orang anak..and...keenam2 anak saya disambut oleh Dr K!!Saya start follow Dr K semenjak beliau di Damai Hospital, Tmn Melawati..anak yg pertama sehingga ke 4- tu baby Damai,anak ke 5 & 6 baby naluri.
Dr Zana - ada experience ngan dia sekali je..tu pon sbb bawa cousin buat pap smear..Dr K xde time tu..so,xdpt nak kongsi byk psl Dr Zana..apa2pun mmg ada yang ckp Dr Zana best..very motherly.
Pada saya, Dr K is the best..
habeh adik bradik dan sepupu sepapat yg sdg mencari private hospital utk bersalin saya suggest depa beranak kat Naluri & pilih Dr K..So far depa berpuas hati ler..
Dlm bab nurse di lobby tu..mmg ada benarnya..rsanya ada 1rg yg muka sentiasa masam,xmau share ler nama dia..kesian..yg best Miss Glory..dia ni duk kat kaunter - cashier..lama dah kenal dia since di Damai lagi.. Ramah orangnya..cuma kali ni,rasanya dia xikot pulak Dr K ke TAMH,beberapa kali ke TAMH (follow adik) xnampak kelibat dia..
Sekarang ni, adik saya yg no 3 buat checkup di TAMH - ikot Dr K juga..heheh..tgh tunggu due laa tuu..cuma saya tidak berpeluang bersalin di TAMH sebab dah pencennn produced!!ekekekehh.. ponnn Dr K juga yg ikat salur peranakan saya semasa di Naluri.
Cuma..ada sedikit masalah yg timbul sekarang di TAMH,saya pun xpasti apa sebenarnya yg berlaku di antara TAMH dan KKM. TAMH masih xdpt beroperasi di bangunan sendiri sehingga sharing ini ditulis. Patient buat checkup kat klinik dpn tu..Maaf,xingat nama klinik tu..mcm2 spekulasi dan persepsi yg saya dgr,xtau betul @ x..ada siapa2 yg tahu? Bkn apa, kesian kat adik tu haa..runsing kat mana dia nak deliver baby nanti. Harap2 semuanya ok..

Amalina Peter berkata...

Haaa yekeee baru tau. Seb baik Alhamdulillah sempat bersalin. T__T. Harapnya semua okeylah dan TAMH dapat beroperasi semula...

Aida Nurni berkata...

Yes. Masih tk beroperasi. Kene tumpang klinik subasri kt dpn tu. Tp doc and staff tamh masih lg kekal senyum2, wpun for sure depa ada problem tu. Doc kay kata, takpe, don't worry, I will still attend to u: tp kt gombak medical centre la. Bedal je la. Janji doc kay ada and all is well. Insya Allah.

Aerina berkata...

school of thougts : blh dapatkan no Dr. Kay. dulu sy kat naluri dgn dia. now im pregnant 11weeks utk anak ke-3 n still nak follow Dr. Kay. hope u can help me. Actually TAMH dkt je dgn rumah. tp memandangkan masih tutup x tau nak contact sape. Nanti kalau ada info blh emelkan pd saya tak? aerina85@yahoo.com / 019-2878384. TQ.

Unknown berkata...

Ala... knp baru taw pasal nie... due tgl 1week jea lagi..plan nak bsalin ngn dr k lagi kat naluri... tp 1st checkup dpt taw dr k da pindah... sedih... teruskan jgk checkup n plan nk deliver kat Naluri... smpai la tbaca post nie... sedih sbb baru jmp dr k disaat2 akhir...huhhhuuu..seedih:(

Unknown berkata...

alhamdulillah..baru lps check up ngan dr k..skang ni semua doc TAMH ada kat poliklinik dr subasri..betul2 berhadapan dgn TAMH.(seberang jalan)..dr k ckp insyallah next month TAMH akan dibuka semula tp xtaula plak official date dulia bila..klu nak tau doc yg betugas kul brp better call klinik subasri tu dulu..so sng nk arrangekan timing k..

My Simple Life berkata...

Alhamdulillah..Dr. K and Dr Zana definitely my no 1 choice utk deliver my baby. 2 anak Dr K yg sambut and 2 anak lagi Dr Zana yg sambut. So far mmg they are the best. Syukur sgt dpt deliver anak yg 4th last Dec dgn Dr Zana b4 ada prob tu. Hope they doing fine and dpt buka pusat perubatan diorg sensiri soonest possible. Those yg look for maternity home mmg recommend la both Dr. They are the best...

Unknown berkata...

Boleh call Dr Zana at 012-2842552. Now Dr Zana kerja sementara di Klinik Bersalin dihadapan TAMH tu.. Or call 010-3682975

Unknown berkata...

Boleh call Dr Zana at 012-2842552. Now Dr Zana kerja sementara di Klinik Bersalin dihadapan TAMH tu.. Or call 010-3682975

Unknown berkata...

Boleh call Dr Zana at 012-2842552. Now Dr Zana kerja sementara di Klinik Bersalin dihadapan TAMH tu.. Or call 010-3682975

Unknown berkata...

Sama2 kita doakan TAMH beroperasi semula.byk jasa Doktor2 disitu.. Biasalah, lumrah berniaga.. Ada saja halangan yg dibuat2.. Semoga Dr Z & Dr K sabar hadapi dugaan.. This last contach yg suya dpt..Boleh call Dr Zana at 012-2842552. Now Dr Zana kerja sementara di Klinik Bersalin dihadapan TAMH tu.. Or call 010-3682975

Unknown berkata...

Hai..how about monthly check up how much it will cost?
Thank u

Unknown berkata...

Assalamualaikum...Klinik Tunku Aizah telah mula beroperasi pada 3 june 2014..Alhamdullilah...segala pertanyaan sila hubungi 0103682975

Unknown berkata...

Hari ni kebetulan lalu kat tamh..alhamdulillah klinik dah open.tp besalin x boleh kat sini.diorg cuma dapat on utk klinik je.

Unknown berkata...

Sape2 taw tamh dh operasi utk bersalin ke?

Unknown berkata...

As salam smua..sape2 taw klinik dh operasi utk bersalin ke x?

Unknown berkata...

Alhamdulillah....

Unknown berkata...

Alhamdulillah....

Damini Paradise berkata...

Hi. I m attending with dr k. Gona deliver a week time earliest. Dr k is my mums gynea. Recent chk I went 2 week ago dr k informed the labour wards r closed. All patients on labour wld b directed to gmc, including me. Sigh. Clinic je buka. Hope gmc is calm s tamh. ;)

Unknown berkata...

Hi...if deliver kt gmc dr zana & dr kay ker yg akan attend kita or doc kt gmc tuh?

A girl's with her story berkata...

Whatsapp me : 0192952731.


Sy skg medical checkup semua kt naluri. Sometimes cost 350.and paling murah 190.
Its that mahal or normal??

Kalau nak bersalin kt situ. Leh pilih doktor ke.

Unknown berkata...

Tunku azizah klinik 03-41312039

Unknown berkata...

tunku azizah klinik 0341312039

MummyGojez berkata...

Sekarang management Naluri dah berbeza. Hospital pun dah makin cantik. Purple lagi. For those yg mencari rate pakej bersalin yg terkini di Naluri, boleh visit my blog. Sy letak kan brochure as a reference. Price affordable jugak la..

http://mummygojez.blogspot.com/2015/01/pakej-bersalin-pusat-perubatan-naluri.html?m=0

Afiqz berkata...

Saya baru buat check up dengan Dr K pad 23 Jan 2015, klinik bersalin Tun Azizah MH akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei 2015.. contact no Dr K 012 3232271 dan counter 03 41312039

Afiqz berkata...

Saya baru buat check up dengan Dr K pad 23 Jan 2015, klinik bersalin Tun Azizah MH akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei 2015.. contact no Dr K 012 3232271 dan counter 03 41312039

Unknown berkata...

Anak 1st saya deliver di Naluri juga, dgn Dr K tahun 2011. Now br ada rezeki pregnant no.2..masa 1st time nk pergi check up dkt TAMH, ingat mmg nk go on dgn Dr K, tp that day bukan hari yg die bertugas..jd dpt Dr Zana. 2-2 doc pn ok..sgt2 berpengalaman and friendly.

Ada tanya Dr Zana bila labor room boleh operate, dia ckp Oct 2015 which is last month. And saya pulak lupa nk tanya masa last check-up dh operate ke belum. Hopefully nk deliver dgn Dr Zana jgak if xde apa2 prob.

Rawda berkata...

Saya bru balik dari TAMH ptg tadi. Alhamdulillah sekarang dah beroperasi penuh. Dr ada dari jam 9am sampai 10mlm. Boleh bersalin di situ. Maklumat lengkap ada d facebook Tunku Azizah Maternity Homes. Rate semua ada dalam page tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...