Rabu, 8 Jun 2011

Kelahiran Asiyah Abqari

Bismillah

Wake up BLOG!!! Setelah sekian lama. :')

Actually banyak juga entry yang aku dah karang pastu delete balik. Sebab bunyinya agak negative. Dihurung perasaan sedih dan terasa hati yang disimpan keranan kononnya nak jadi professional akhirnya hati aku jadi bagai buah mangga yang dah buruk dan lebam. Nasib baik ramai orang sayang. Takdelah dibuang ke dalam tong sampah terus mcm buah mangga betul2.

Serius banyak kes -terasa hati- sehari dua sebelum bersalin tu. Ade effect ke sebab nak bersalin? OKey tak. Sebab sampai harini aku terkenang2. Kadang2 benci ketat2 pastu serba salah mintak ampun kat Allah balik. Susah jugak tak solat ni. -_-' Nak doa pun rasa tak sampai.

Okey done. (Saja nak cakap jugak. Rasa mcm pendam byk sangat. dah lega)

As all the Herbalifers know, kami in qualification of Millionaire Team final cut. Pada bulan May yang lalu. And to the non-Herbalifers, no problem kalau tak faham. Yang pentingnya something yang quite big jugak. Kami pun kerja kuat2 (walaupun aku bekerja dr rumah je sbb time tu dah sarat). Aku pun selamba je percaya doktor kata due date aku 15th June. Pastu doktor kata mungkin 2 minggu awal, aku percaya jugak. So kalau 15 - 14 = 1. Means 1st June. Okeyla kan? Dah habis May. Means semua kerja final cut dah settle.

Namun begitu pada 30th May aku ada antenatal check up jam 11am. So we went.

Doktor, "Okey Amalina dah bukak 3cm. Balik ni makan2 dulu. Lepas Zohor nanti datang balik ye. Maybe dalam pukul 4pm beranak"

Aku terdiam je. Millionaire Team aku dah kabur2. Yagn penting BABY!! Tapi sempatla buat pesanan Abang dan Abah kena tolong settlekan. Hehe.

Balik rumah dengan perasaan percaya tak percaya sebab tak sakit ape2 pun. These few days aku rasalah mcm kurang selesa perut sikit. Didn't know it was mild contraction. And it is too mild that I believed my baby birth would be the next 3-4 days. Takdela esok lusa kan.

So aku makan nasi putih+telur+cili sos. The only thing yang aku lalu makan siap tambah lg. Pastu kunyah2 biskut Ritz sikit. Solat Zohor. Main dengan Nuaym jap (perlu ke?). Pastu 3pm g Hospital balik. Kami kena tunggu kt bilik ward kami. Nasib bayar ward persendirian. Sebab dah tau lepas labor mesti the whole family nak berkampung kat bilik tu kan.

Aku telan bercawan2 air zamzam. Sambil mengamalkan doa yang Mama ajar, "Ya Allah mudahkanlah aku lahirkan anak seperti mana mudahnya aku telan air ni."

Pukul 5pm Nurse call suruh turun. Dup dap dup dap.

5.30pm contraction bermula. 7.30pm bersalin dah! Alhamdulillah.

Sakit memang sakit. Gile ke ape kalau beranak tak sakit kan. Time nak push tu aku dah ala2 give up nak berhenti rehat jap. Tetibe kepala baby keluar. Homaigod. Takkan nak stop. Time tu tiba-tiba teringat entri aku Lebih Mudah Berkata Saya Give Up. Hoh honestly, time beranak pun penting prinsip2 hidup tu. Memang rase lg mudah untuk berhenti meneran n rehat kejap, tapi demi baby (WHY FACTOR sangat penting dalam usaha kita mengecapi sesuatu), teruskan jugak usaha.

Best jugak kat doktor ni sebab time2 kepala baby tu keluar nurse die lari2 gi on recording Azan berkumandang. Punyalah aku ingat azan maghrib sampai masuk labor room aku tu. Membuak2 semangat aku! PUSHHHH!!! Baby pun keluar. RUpanya azan recording. Maghrib dah masuk 10 minit sebelum baby Asiyah keluar.

Lepas baby keluar doktor bg bius untuk tidur. Bangun2 je dah siap jahit smue. Time tidur tu aku merapu2, Abang kata aku cakap dengan Doktor, "Kalau you serius dalam business ni..."- pastu tak jelas dah words yang aku sebut. Oh sangat cool dalam tidur pun boleh buat training Herbalife kat doktor Gynae kan? MUahaha... Tergelak2 doktor tu.

Doktor bg bius tu die kata aku tidur 2 jam. Tapi 30 minit je aku bangun. COnfident plak tu nak breastfeed aku mintak baby Asiyah dekat Nurse. Nurse tu risau2 tanya, "Akak dah sedar sepenuhnye ke?" "Dah2"-jawab dengan confident padahal snanye tak sedar sangat. So die bagi baby, aku pun confident giler la menyusu padahal starter kan susah giler. Tengah high. Selamba. Pastu diorang ambik balik baby. Aku tak berapa dengar kenapa sbb pening balik.

Pastu Maryam call. Gayut dengan Maryam kejap. Dalam labor room. Hehe. Boring punye pasal...

Oh sepanjang2 masa Abang sentiasa berada di sisi aku. Daripada sejak doktor mention yang dah bukak 3cm. Die belikan biskut berstok2 untuk mengelakkan aku lapar at all before masuk labor room sbb bila dah masuk labor room lapar ke apa ke memang ampun maaflah takleh makan. Itu pun still aku lapar jugak! 2 jam je pun. Yang 5-6 jam tu cnelah pulak. Bila start contraction, waktu sikit2 tu aku pegang kuat2 tangan Abang. Bila dah start yang betul2 dasyat tu, aku cengkam baju Abang sampai kedut2. Kadang2 bila sakit sangat aku pukul2 badan Abang. Tabah Encik Suami berada di sisi bagi semangat. Kadang2 cium kepala aku luruh kejaplah rasa sakit tu. :')

Walaupun suami tak merasa sakit, tapi bile die assist kite dlm masa yg paling menyakitkan tu, he's still part of it. And it is wonderful.

Kes kelahiran baby Asiyah. Time lahir tu Asiyah terbelit dengan uri. So lack of oxygen sekejap and therefore ade sikit infection.

Zaza tanya, "Terbelit sebab salah teran ke?" Tersenyum panjang aku dengar. Kalau gelak kuat2 sakit plak bekas jahitan.

Tapi baby Asiyah dah sihat Alhamdulillah. Seminggu je under treatment antibiotik. Dan aku pun bertungkus lumus memahirkan breastfeeding skill aku supaya Asiyah boleh minum banyak dan tidaklah disuap Formula Milk oleh nurse pemalas kalau die kelaparan. Oh yes. Ade je Nurse yang malas nak panggil aku. Baby baru lahir sehari pun die dah complain kata susu tak banyak. Helo. Nampak sangat tak pernah mengandung. Orang baru beranak sehari mane ada susu melimpah ruah. ---TENSION---

How do we come up with nama Asiyah? Sibuklah semua benda aku nak cerita kan.

Sebab aku tersentuh dengan kisah Asiyah dalam Quran. Waktu mengandungkan Asiyah, honestly adalah antara waktu yang paling banyak dugaan dalam hidup aku. Dan Alhamdulillah waktu mengandungkan Asiyah juga jiwa aku lebih kuat dari biasa. Pastu bile baca kisah Asiyah dalam Quran, rasa macam lagi kuat pulak. Tak pasal2 kan? Padahal Sumayyah, Maryam, Khadijah, semuanya kuat2 belaka. It's a sense that we cannot explain. Orang puteh kata, -Falling in Love- Faham tak? Haa mcm tulah.

Tapi nak bagi nama Maryam nanti terbayang plak muka member rapat Maryam Izzati Mohd Noor kan. Pelik giler. Okey tak jadi.

Entri pasni aku sambung pasal benda lain plak. Tentang pantang, sakit lepas bersalin, dan sebagainya. Sekian terima kasih. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...